HITUNG KUNJUNGAN

Wednesday, 20 June 2012

IRSHAD MANJI DAN BUKUNYA

Bukan nak menyokong atau nak melarang tetapi yang penting kita yang bbertamadun boleh membuat rujukan daripada sumber baharu.Walaupun bukan  sebagai ikutan tetapi sekadar membuat perbandingan antara yang dulu dan kini.Begitu juga bentuk ilmu Hadis yang telah banyak ditolak oleh golongan bijaksana walhal ia telah dapat memandu kita ke jalan yang benar.Mengapa pula buku ini dihalang peredarannya setelah diberi izin penulisannya dan diizin pengarangnya melancarkannya di sini beberapa minggu yang lalu.
Sebaliknya Holy Bible sedang dijual bebas selayaknya di gedung buku utama tanpa mengira agama boleh membeli dan menatapinya.Tidak salah jika kita menggunakannya sebagai bahan rujukan .Mungkin tidak ramai orang bijaksana seperti Dr.Zakir Naik,murid pintar mentornya Dr.Ahmad Deedat.Dia begitu petah menghafal bukan saja buku akademik malah setiap kandungan san Versi Injil atau Bible.Namun keimanannya tidak tergugat,malah beliau sering mengadakan ceramah dan pedebatan betul benarnya Islam yang syumul berbanding agama yang terkandung dalam kitab -kitab lain.
Secara ringkasnya saya ingin nyatakan sesuatu buku atau bahan bacaan tidak menggugat pembacanya jika ia digunakan dengan betul dan benar pada peringkat umur pembelinya.InsyaAllah dunia Islam kita tidak akan terancam selagi umatnya berpegang tegung kepada Al Quran dan Sunah Nabi SAW.

No comments:

Post a Comment