HITUNG KUNJUNGAN

Tuesday, 13 December 2011

Diri Cemerlang

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,Demi bulan apabila mengiringi,Demi siang apabila menampakkan diri,Demi malam apabila ia menutupi,Demi langit serta seluruh binaannya,Demi bumi serta yang ada di hamparannya,Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya."(Surah Asy-Syams:Ayat 1-7)

Begitulah penciptaan Allah SWT  mengikut peraturan sunnatullah tersendiri.Segala makluk flora dan fauna di bumi tersusun dan berlaku begitu harmoni.Kerosakan dan kemusnahannya kini adalah hasil tindakan jahat dan onar manusia yang mendiaminya.Tetapi ia menjadi baik jika manusia mentadbirnya dengan betul dan bijaksana.

Kita juga akan menjadi cemerlang jika kita mengenal keupayaan kita.Orang yang cacat dan miskin tapi hidup tersenyum dan bahagia,tetapi orang yang sempurna dan kaya hidup bermasalah dan bersedih.Caranya ialah kita mengisi keperluan hidup kita mengikut  peraturan dan kepatuhan kepada Tuhan.Akhirnya kita akan menemui matlamatnya iaitu kebahagiaan.

Saturday, 10 December 2011

Islam the Misunderstood Religion

Buku terbaru karya Dr.Danial Zainal Abidin ini sangat bagus dan perlu dihayati oleh penganut Islam.
It is surprising that is gaining momentum in the West amidst negative media coverage.Every year about 20000 people in the US convert to Islam,according to a study conducted by the Council on American -Islamic-Relations.More than 14000 white Britons have converted to Islam after becoming disillusioned with western value,according to the first authoritive study of the phenomenon.

Begitulah intipati yang terdapat dalam buku terbaru ini.Catatan pembukaan yang dimulai oleh pengakuan Mrs.Yvonne Ridley dari www. islamchanneltv.Diikuti makna Islam sebagai Addin,Allah yang Satu,Isa  dan Tuhan.Juga ulasan tentang keagungan Al Quran dan pengakuan sarjana Barat dan Timur tentang kebenaran ajaran Islan.

Ditunjukkan juga secara ringkas perbandingan Islan dengan agama lain di dunia ini termasuk Kristian,Hindu dan seumpamanya.Secara jelas dan fakta dinyatakan dengan bukti ilmu sains oleh tokoh-tokoh seperti Abul Qasim Khalaf,al Khawarizmi,Abu Abdullah Muhammad Ibn Jabir,ibn Sina dan Abu Ali Hasan ibn al Haitham.

Begitulah ringkasnya isi yang terdapat dari buku tersebut,moga edisi Melayu akan segera terbit dipasaran bagi memenuhi permintaan umum nanti.InsyaAllah.

Friday, 9 December 2011

PEMIMPIN ISLAM

Pesan Rasulullah SAW seorang imam adalah pemimpin  dan bertanggungjawab keatas orang yang dipimpin.Seorang lelaki adalah pemimpin di dalam keluarganya dan bertanggungjawang kepada keluarganya.Masing--masing kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya,
Sebagai ketua keluarga pula lelaki bertanggung jawab dalam hal-hal ;mmebberi nafkah,sayangi anak-anaki,bersikap lemah-lembut,sabar jika kematian dan redha atas ketenrtuan Allah SWT.

Thursday, 8 December 2011

Oghe Politik Bersih

Terakhir ini Tanah Emas Semenanjung telah dihangatkan oleh isu PRU13 dan laungan bahasa dan geger agenda oghe politik yang nak berlawan menjadi calon.Pada fikiran hamba yang kolot dan hina ini sekiranya oghe nak jadi Tok Wakil yang diterima rakyat ghama nanti ialah oghe yang berjiwa bersih,nawaitunya baik dab bebar belaka.Bukan ada niat lain misalnya nak dapat projek,kumpul harta,besarkan syarikay anak beranak walaupun keguguran,dan sebagainya.

Wednesday, 7 December 2011

Buku Anak Apak

Alhamdulillah syukur dab tahniah buat Subky Latif kerana sekali lagi dapat melancarkan sebuah buku memoir dalam bidang kewartawanan.Walaupun bahasa yang digunakan mudah dan seharian tetapi dapat memberikan penjelasan buat pembacanya.Saya bergitu tertarik tentang kehidupan beliau semasa kecil sama seperti kehidupan saya dahulu.Misalnya bermain bersama kawan-kawan selepas balik sekolah,sewaktu mengaji quran dan lain-lain.Saya juga tertarik tentang pergaulan beliau dengan keluarga Chen Peng dulu.Sepanjang pembacaan saya tiada tokoh atau penulis lain yang ada catatan sedemikian.Sesungguhnya pengalaman saudara Subky  sangat penting sebagai satu bahan rujukan penulis remaja sekarang.

kusangka tak kudega

tak perlu engkau pergi jua

SALAM KENALAN

Salam kenalan,buat semua kawan media sosial terutamanya di tanah air tercinta Malaysia,amnya jiran tetangga Singapore,Indonesia,Brunei,Thailand dan seluruh warga dunia.Semoga permualaan ini akan membawa kearah kebaikan dan kemaslahatan buar semua manusia.
Seterusnya media ini dapat saya berkongsi ide dan pengetahuan tanpa mengira bangsa dan agama.InsyaAllah apa yang baik nanti akan memberi manfaat dan panduan buat kita semua.
Sya juga berterima kasih kepadasemua ahli keluarga yang menyokong usaha ini,moga usaha ini dapat  diperolehi faedah bersama.Saya jua berterima kasih kepada sesiapa yang sudi berhubung dan bertukar fikiran di masa -masa akan datang,Terima kasih.