HITUNG KUNJUNGAN

Tuesday, 16 October 2012

PENULIS TERSOHOR DAN BERANI



Pak habib adalah seorang penulis yang berani dan bertanggungjawab ke atas penulisannya.Semua tulisan beliau ada mengandungi pengajaran dan teladan bagi mereka yang ingin mencari sumber yang sahih terutama mengenai isu semasa negara kita.Justeru itulah maka amat wajarlah kalau beliau boleh dinobatkan sebagai Tokoh penulis negara samada dalam karya am ataupun kategori bahasa.
Di dalam penulisan beliau banyak bersandarkan maksud ayat-ayat suci alquran,hadis nabi dan tokoh agama,bidalan serta kiasan peribahasa kita seperti permulaan setiap bukunya dengan ayat iqrak,iaitu suruhan AllahSWT untuk kita mendalami ilmu tanpa mengira umur,waktu dan tempat.
Akhir kata saya mencadangkan supaya Pak Habib menulis satu biografi kisah hidupnya sehingga berjaya menjadi penulis tersohor sehingga hari ini.Mungkin perkara ini telah pun ada dalam impian Pakhabib sendiri!Kalau ada ,insyaAllah kita doakan semoga ia akan dapat bdirealisasikan pada suatu hari nanti.Semoga bukunya nanti dapat menjadi rujukan bagi setiap generasi akan datang.

Saturday, 13 October 2012

Berbagai perbalahan politik telah berlaku akhir-akhir ini  yang melibatkan paerti pihak gov dan opp .banyak isu yang dibangkitkan telah mencelarukan rakyat dan keutuhan bangsa kita.namun satu penyelesaian belum dapat dibuat supaya anak bangsa kita jadi aman dan harmoni.Justeru itu saya mengesyorkan satu cara penyelesaian mudah diambil sekiranya ada muafakat antara kedua-dua belah pihak.jangan asyik menegak benang yang basah,nantinya kita tidak kemana jua,walhasil jadi seperti buah nagka buruk yang jatuh ke tanah,nak makan pun tak boleh perlu di buang jadi sampah.
Kalau boleh dan Malaysia pasti boleh kita buat kerajaan campuran tak payah buat pilihan raya,kedua belah pihak sama-sama menjadi pentadbir negara.tanpa mengira bangsa dan pegangan plitik kita.kalau ini dapat kita amalkan pasti negara kita akan lebih maju dan merdeka seluas-luasnya.
Suadah puas para pendidik sedang dan akan terus mendidik anak bangsa kita masa kini tetapi orang dewasa masih serlahkan bendan kotor dan buruk di mata generasi muda seperti kelucahan,fitnah,adu domba dan sewaktu dengannya.Lelahlah para guru mempwerbetulkannya nanti,sebab biasanya yang tidak baik itulah yang selalu diikuti dan dibuat oleh anak muda kita kini.
Saya mohon cadangkan tuan-tuan ,puan-puan rakyat jelata!

Sunday, 29 July 2012

BLOG PUTERI BERIBIRU: Budak cute nyanyi Lagu Anuar Zain dah besar..=)

BLOG PUTERI BERIBIRU: Budak cute nyanyi Lagu Anuar Zain dah besar..=): Anda semua ingat lagi tak dengan budak perempuan yang sangat cute pakai baju merah,  nyanyi lagu Anuar zain tu? Yang nih : Comel kan dia? ...

Thursday, 21 June 2012

bilabunbicara: DOKTOR UMUM

bilabunbicara: DOKTOR UMUM: assalamualaikum dan selamat sejahtera. aku bukan seorang pembaca buku yg tegar namun ade beberapa buku yg membuatkan aku minat membacanya....

Wednesday, 20 June 2012

uncleseekers: Memo Untuk Najib - Buku Terbaharu S.H.Alattas Yang...

uncleseekers: Memo Untuk Najib - Buku Terbaharu S.H.Alattas Yang...: Memo Untuk Najib - Buku Terbaharu S.H.Alattas Yang ke 62 Harga - Lima Puluh Hengget jer Boleh beli kat - Pustaka Mukmin Jalan Tuanku Abdu...

Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Perang di Parit Raja (1991): PARIT RAJA DIFILEMKAN...

Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Perang di Parit Raja (1991): PARIT RAJA DIFILEMKAN...: Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makan...

Memo untuk Najib,satu realiti

Kasih ibu membawa ke syurga,kasih saudara semasa berada.Saya beranggapan Pak Syed sangat sayangkan pemmimpin negara kita,maka dikarang tulislah oleh belian akan sebuah buku terbarunya dengan jodul Memo untuk Najib-Pak Habib Perang Big Mama.
Buku ini patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa ,umur dan negeri,terutama sekian masa hampir akan PRU13.Di dalamnya terkandung cerita sebenar dan fakta yang tidak terdapat dalam media arus perdana kita.Isinya berkisar cara pembesar negara mengurus Tanah Melayu Semenanjung Emas ini.baik buruknya kita dapat ketahui apabila kita membaca buku ini.
Penting bagi rakyat menilai setakat mana berjurusnya feel perangai para pembesar kita mentadbir dan memerintah negara.Serba sedikit cara PHD,kroni,rasuah dan pengadu domba sejak zaman Kesultanan Melayu dulu masih ada,sukar sekali dihapuskan.Segalanya akan terungkai apabila kita menatapi buku ini.

IRSHAD MANJI DAN BUKUNYA

Bukan nak menyokong atau nak melarang tetapi yang penting kita yang bbertamadun boleh membuat rujukan daripada sumber baharu.Walaupun bukan  sebagai ikutan tetapi sekadar membuat perbandingan antara yang dulu dan kini.Begitu juga bentuk ilmu Hadis yang telah banyak ditolak oleh golongan bijaksana walhal ia telah dapat memandu kita ke jalan yang benar.Mengapa pula buku ini dihalang peredarannya setelah diberi izin penulisannya dan diizin pengarangnya melancarkannya di sini beberapa minggu yang lalu.
Sebaliknya Holy Bible sedang dijual bebas selayaknya di gedung buku utama tanpa mengira agama boleh membeli dan menatapinya.Tidak salah jika kita menggunakannya sebagai bahan rujukan .Mungkin tidak ramai orang bijaksana seperti Dr.Zakir Naik,murid pintar mentornya Dr.Ahmad Deedat.Dia begitu petah menghafal bukan saja buku akademik malah setiap kandungan san Versi Injil atau Bible.Namun keimanannya tidak tergugat,malah beliau sering mengadakan ceramah dan pedebatan betul benarnya Islam yang syumul berbanding agama yang terkandung dalam kitab -kitab lain.
Secara ringkasnya saya ingin nyatakan sesuatu buku atau bahan bacaan tidak menggugat pembacanya jika ia digunakan dengan betul dan benar pada peringkat umur pembelinya.InsyaAllah dunia Islam kita tidak akan terancam selagi umatnya berpegang tegung kepada Al Quran dan Sunah Nabi SAW.