HITUNG KUNJUNGAN

Tuesday, 13 December 2011

Diri Cemerlang

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,Demi bulan apabila mengiringi,Demi siang apabila menampakkan diri,Demi malam apabila ia menutupi,Demi langit serta seluruh binaannya,Demi bumi serta yang ada di hamparannya,Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya."(Surah Asy-Syams:Ayat 1-7)

Begitulah penciptaan Allah SWT  mengikut peraturan sunnatullah tersendiri.Segala makluk flora dan fauna di bumi tersusun dan berlaku begitu harmoni.Kerosakan dan kemusnahannya kini adalah hasil tindakan jahat dan onar manusia yang mendiaminya.Tetapi ia menjadi baik jika manusia mentadbirnya dengan betul dan bijaksana.

Kita juga akan menjadi cemerlang jika kita mengenal keupayaan kita.Orang yang cacat dan miskin tapi hidup tersenyum dan bahagia,tetapi orang yang sempurna dan kaya hidup bermasalah dan bersedih.Caranya ialah kita mengisi keperluan hidup kita mengikut  peraturan dan kepatuhan kepada Tuhan.Akhirnya kita akan menemui matlamatnya iaitu kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment