HITUNG KUNJUNGAN

Tuesday, 16 October 2012

PENULIS TERSOHOR DAN BERANI



Pak habib adalah seorang penulis yang berani dan bertanggungjawab ke atas penulisannya.Semua tulisan beliau ada mengandungi pengajaran dan teladan bagi mereka yang ingin mencari sumber yang sahih terutama mengenai isu semasa negara kita.Justeru itulah maka amat wajarlah kalau beliau boleh dinobatkan sebagai Tokoh penulis negara samada dalam karya am ataupun kategori bahasa.
Di dalam penulisan beliau banyak bersandarkan maksud ayat-ayat suci alquran,hadis nabi dan tokoh agama,bidalan serta kiasan peribahasa kita seperti permulaan setiap bukunya dengan ayat iqrak,iaitu suruhan AllahSWT untuk kita mendalami ilmu tanpa mengira umur,waktu dan tempat.
Akhir kata saya mencadangkan supaya Pak Habib menulis satu biografi kisah hidupnya sehingga berjaya menjadi penulis tersohor sehingga hari ini.Mungkin perkara ini telah pun ada dalam impian Pakhabib sendiri!Kalau ada ,insyaAllah kita doakan semoga ia akan dapat bdirealisasikan pada suatu hari nanti.Semoga bukunya nanti dapat menjadi rujukan bagi setiap generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment